Tuesday 6 May 2014

Sehari Di Sentosa

Pada 18 Mac 2014, saya telah pergi ke Pulau Sentosa bersama rakan sedarjah saya. ahli-ahli kumpulan saya adalah Qistina, Hanifah, Masyitoh dan Shereen. Sungguh, saya tidak menjangka bahawa pulau yang biasanya sesak tidak ramai orang! Kumpulan saya dapat berjalan merata tempat tanpa gangguan dan kami mendapati maklumat yang diperlukan untuk projek kami. Selepas berjalan selama dua jam, kami telah pergi ke kafe Starbucks untuk membeli air dalam masa kehausan. 

Kemudian,  selepas menghabiskan 'Cookie Dan Krim Frappuccino' saya dalam saiz 'Grande' bersama Shereen, kami terus pergi ke permainan 'Luge' dan 'Skyride' . Masa penungguan bagi permainan 'Luge' selama 10 minit. Kumpulan lelaki di hadapan kami amat bising dan merea tidak berhenti katawa. Kumpulan saya tidak tahu apa yang sungguh kelakar hingga mereka tidak berhenti ketawa. Saya berasa penat sambil menunggu giliran kami untuk menaiki permainan itu.

Apabila tiba giliran kami untuk menaiki permainan itu, Qistina, hanifah dan saya bergerak ke 'Jejak Naga' dan tertinggalkan Shereen. Tetapi ia adalah baik kerana saya berjaya mengambil gambar dia ketawa ketika dia mengambil permainan itu. Selepas mengambil beberapa gambar lagi, kami terus ke permainan 'Skyride' pulak. Kami berasa seronok bermain-main, bergurau antara satu sama lain, mengambil gambar dan mengumpul maklumat. Benar-benar ia adalah hari yang menyeronokkan. Tetapi, sekiranya adalah yang terbaik ialah apabila kita melihat merak dan mengambil gambarnya.